Thursday, November 26, 2009

selamat berqurban!

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!


Monday, November 23, 2009

selamat hari lahir..daya!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




selamat hari lahir ke-19
buat
hidaya hazali a.k.a bah
smoge kuat mnghadapi mehnah n tribulasi hidup ini
nnti dtg mktb jgn lpe bwak oleh2 sbah bah...
^_^

Sunday, November 22, 2009

Realiti di Jalan DAKWAH

INILAH JALANNYA

Begitu lama ukhuwah kita bertaut atas jalan ini
Sejak bila, pertemuan pertama, dimanapun sudah kabur di ingatan
Sekian lama ikatan kasih ini terjalin
Sekian lama jugalah aku memendam rasa
Agar kita meniti jalan yang sama, jalan yang panjang penuh cabaran
Begitu banyak kini yang kita raih
Begitu banyak jualah yang masih kita tagih
Impian kita akan sentiasa tinggi
Sebagaimana tingginya hakikat keimanan yang haq itu
Impian kita akan sentiasa kita perjuangkan
Sebagaimana tekadnya sang pejuang qital memburu syahid
Impian kita akan sentiasa kita kongsikan
Sebagaimana kita berkongsi makan diwaktu kepayahan
Ayuh kita layangkan pandangan pada impian ini
Tataplah sinar kejayaan yang pasti itu dengan semangat membara
Agar kita bina halatuju ini kepadanya
Yakinlah ia ada dihujung jalan
Suatu jalan yang panjang, payah dan sukar memang pasti
Menuntut kualiti yang bukan calang-calang
Memerah keringat yang tidakkan terdaya
Begitu banyak lompong hari semalam
Apakah kita layak untuk sekalipun duduk atas jalan ini?
Izzahlah dengan apa yang kita kerjakan!
Moga lompong semalam kita isi di waktu mendatang
kerana tiada lompong atas muka bumi melainkan ia akan segera diisi semula
baik dari tanah mahupun sekujur tubuh manusia
Tika jasad-jasad kita tidak lagi bersua
Tika suara kita tidak lagi saling berbicara
Tika ruh kita menghadap yang maha Esa
Menuntut belas kasih dan rahmanNya
“Ya Allah..aku telah meniti jalan keredhaanMu”
Mampukah kita ucapkan yang sedemikian?
Redhakah kita atas apa yang telah kita kerjakan?
Sahabat, Inilah jalannya
Thabatlah, kerana tiada lagi jalan yang lain

p/s: artikel di copy
krn sgt bermakna
renung2kan

Thursday, November 19, 2009




SELAMAT BERCUTI SAHABAT-SAHABAT

SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN LAGI PADA SEMESTER DEPAN

Khas buatmu teman:

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

tata~

Monday, November 16, 2009


MUSLIMIN BERSAMA PAKCIK MAT

KAMAL

SYAFIQ

ADHWA

IZZUL

AZRI

YUSUF

'BARANG HANTARAN' DARI PIHAK MUSLIMIN


SEMASA BALIK DARI SOLAT JUMAAT

wah...upin masak...beruntung sape yg dpt kawan kite ni..hehehe

kamal n adhwa dah penat mandi-manda..huhu

ingatkan ikan duyung..hehe ni la keje azri...berendam je dlm air..


inilah wajah2 kami...penuh keceriaan, keayuan, ke'macho'an..hehehe


"segala puji bagi ALLAH yg telah m'pertautkan hati2 kami, maka dgn nikmatNYA jadilh kami bersaudara"
- orang2 yang hidup di bawah naungan cinta & ukhuwah kerana ALLAH akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yg xpernah dirasai oleh org2 yg berkumpul kerana urusan duniawi -
'SAUDARAKU...JIKA KITA TIDAK BERTEMU LAGI SELEPAS INI, SEMOGA ALLAH PERTEMUKAN KITA LAGI DI SYURGA NANTI...' amiiin...

Sunday, November 15, 2009

..IndAhnYa UkhuWwaH..




alhamdulillah..semuanya telah selesai..syukran k.fatin n yana u2k entries kt bwh.. xterungkap dgn kate2 bertapa indahnya ukhwah jika ia terjalin kerana Allah iaitu ukhwah tiada berkepentingan melainkan hnya mndpatkan redha Allah taala. sesungguhnya Allah itu sebaik2 perancang.. indah teratur perancangan Allah itu, menghubungkan ukhwah yg kian mekar ditaman2 ilmu. memenuhi misi perjuangan n menyambung rantai perjuangan yg xpnh putus penuh suka n duka, namun ini lah yg mengajar kita kn sahabat... persoalan ttg anugerah tue.... jawapan ada pada diri sahabat2.. semoge kalian mmpu memiliki semangat jihad sehebat n sekuat mereka.. in'Allah..kitalah rantai2 perjuangan n bukan pemula atau pemutus perjuangan..

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...


kamal dianugerahkan khalifah Abu Bakar As-Sidik


Azri dianugerahkan khalifah umar Al-Khatab

Yusuf dianugerahkan khalifah Uthman b Affan

Syafiq dianugerahkan Hassan Al-Banna


Izzul dianugerahkan Imam Al-Ghazali

Adhwa dianugerahkan Imam Nawawi

K.dilla dianugerahkan Siti Khadijah

Eeffah dianugerahkan Sumayyah

Hidaya dianugerahkan Asma' Abu Bakar

Syiqah dianugerahkan Hafsah Umar

Liyana dianugerahkan Aisyah Humaira'


Azimah dianugerahkan Zainab Al-Ghazali

Fatimah dianugerahkan Fatimah Az-Zahra'

Naima dianugerahkan Masyitah

Izzati dianugerahkan Siti Mariam

Anfal dianugerahkan Asiah


Adlin dianugerahkan Zinnirah

K. Fatin dianugerahkan Siti Hajar

Husna dianugerahkan Rabiatul Adawiyah

Suhaili dianugerahkan Ainul Mardhiah

~ mEm0Ri TeRinDaH~