Monday, November 29, 2010

~JaNgAn!!!~

tertarik nak share benda alah nie dalam blog kelas....
selamat membaca....

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut.

Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.

Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Saturday, November 20, 2010

~RTM mase cuti ~

Salam semua sahabat2....
Dalam keseronokkan bercuti meh la kite same2 bc blog kesayangan kelas kite yg jarang2 sekali di update.Bukan ape..kite sblm ni tersangatlah bz dengan urusan-urusan keduniaan....sekarang ni saya rase semua sahabat sedang menikmati masa cuti dengan gembira dan xlupe jgk pada izul,kamal, dan adhwa yg dah pn selesai ujian memandu...yg lulus 2 sy ucapkan tahniah & yg ter'saNgkut' di bukit & parking harap dpt cuba lagi...

mungkin waktu ini ada diantara sahabat-sahabat yang sedang lena dibuai mimpi di rumah kerana menggantikan waktu-waktu tidur yang telah digunakan untuk 'studi'....termasuk diri yang menaip ni...tetibe sy teringat kata-kata cikgu kelas saya ketika darjah lima..nama cikgu tu cikgu Suhaimi..dia kate mcm ni la lebih kurang ayat dia.."kamu cuti sekolah jgn asyik RTM je...tolong mak ayah kamu dirumah...haa lg satu jgn lupe bukak buku utk thn depan punye blaja..." saya dan kawan2 pon tnye dgn cikgu.."cikgu,ape benda RTM 2..? cikgu pn jawab.."RTM 2 singkatan utk REHAT + TIDUR + MAKAN...

Apa yang cuba saya nak kongsikan disini...hargailah masa cuti kita ini.ye la kan bkn selalu cuti pjg mcm nih..waktu ni la kite kene rajin tolong ibu & ayah di rumah...xpn tlg adik2 kite utk ulgkaji pelajaran thn dpn punye...xrugi pn..ia akan rugi bile kite jdkn cuti kite nih sebagai cuti yg sia-sia tanpa sebarang aktiviti yg boleh memberi faedah kepada diri sendiri dan juga orang lain...

Rasenye setakat ini dulu post kali nih...maaf kalau ad menyinggung mane2 pihak espcly raudhatul ibtisam family...selamat bercuti SEMUA....^_^

Sekian, wassalam....

3.22 pm REnGIt..BP