Friday, October 30, 2009

~nilai harga sebuah iman~

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

di "c0py&paste" dri:
i luv islam.com
29 oct 2009

Wednesday, October 28, 2009

~Yang Mana Satu Pilihan Kalbu~

Alhamdulillah dengan iringan doa sahabat sekalian dapat kami pergi dan kembali dengan selamatnya dalam menjalankan 'survey'.

Perjalanan kami bertemankan 'hujan' agak meng'efect' kejernihan dan keputihan air sungai.
Kami sertakan gambar kawasan vacation yg kami lawati hari ini.



Sungai Tekala









Laluan sehala jer..xder tempat nk wat bbq


tandas di tepi jalanan...









Sungai Gabai








Lopo Blue Lake


chalet yang bakal diduduki...???



chalet brhadapan air sungai




pemandangan lopo blue...


bleh kalu nak terjun trs dalam air....


inilah surau kat lopo....


chalet....


surau...


kalu nk terjun dari chalet pun bley...

Buatlah pilihan yang terbaik......tapi rasanya yang paling baik kt Lopo Blue Lake kot....
hehehehe.....choose the best ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

salam'alaikum

time study ba tadi tetiba ada senior datang nak jumpa yusuf as ketua kuliah, lpas je kelas BA yusuf dengan rasa gembiranya mengumumkan bahawa kene pilih ketua kuliah untuk sem depan. penolong dah ada dah. dari sem lepas lagi dah ada penolongnya. calon2 yang nak diundi ada 3 orang :-

1- syafiq
2- adhwa
3-izzul islam

undi punya undi ada sorang hamba ALLAH ni dapat meraih 10 undian. secara tak langsung orang yang dapat 10 undian tu la yang bakal memimpin kuliah tahun depan.

orang yang dimaksudkan untuk jadi ketua kuliah tahun depan ialah

MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHALEHUDDIN

dan digandingkan dengan

SYAHIDATUL NURNAIMA BINTI ABD KARIM

sebagai penolong ketua kuliah .....

p/s kami pada ketua n penolong kuliah yang baru - selamat memikul tanggungjawab dan amanah. semoga korang berdua siapkan diri untuk memimpin kelas kita pada tahun depan. apa2 pon best of luck 4 both of u...

wassalam...

Tuesday, October 27, 2009

~saje nak bagitau~

salam'alaikum.

seminggu sebelum karnival, semua orang tau kan yang PEKOMPERI ada bukak peluang untuk sapa2 yang berminat menjadi ahli PEKOMPERI yang baru. Setelah melalui proses yang merepek2, akhirnya dalam kelas ni wujudnya 11 ahli baru yang terdiri daripada 4 lelaki dan 7 perempuan.

AHLI MUSLIMIN:-
1- ADHWA
2- KAMAL
3-YUSUF
4- SYAFIQ

AHLI MUSLIMAT:-
1- SHIQAH
2- LIYANA
3- KAK DILA
4- IZZATI ROSLI
5- ADLIN
6- SUHAILI
7- KAK FATIN

Harapnya ahli-ahli yang baru ni termasuk saya sentiasa memperbetulkan niat iaitu berniat untuk blaja+main alat2 tu krana ALLAH Taala. semoga kita juga sentiasa sedia berkhidmat serta dapat melakukan segala aktiviti , tugas+tanggungjawab yang diberikan oleh 'amir @amirah' dengan sebaik mungkin...ok kawan2??

wassalam...

Sunday, October 25, 2009

perjuangan bukan berhenti dicni..



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan sama ada perpisahan di dunia atau perpisahan persediaan untuk kita bertemu di akhirat nanti. Hari ini adalah detik yg amat bermakne dalam hdup ana dan sahabiah yg lain. Dianugerahkan seorg murobbiah yg tidak jemu mentarbiyyah kami, yg sentiasa menyinari jiwa2 kami yg kosong, yg sntiasa mniupkan semngt juang dalam hdup kami dan juge yg memancarkan sinaran ilmu dalam dada2 kami. I2 lah beliau Ustazah Engku Zarihan yg akan berpisah dgn kami buat semntare waktu. Ustazah akan ke U.S u2k mengiringi perjuangan suami beliau. Jika pnjang umur, kita pasti akan bertemu lg jika tidak di dunia, semoge diakhirat tmpat pertemuan kita yang abadi. Bg kami, ustazah ibarat ibu yg sentiasa menyuapkan makanan-makanan rohani kepada anak2 yg sentiasa lapar dan dahagakan suapan itu. Sebelum meninggalkan kami, ustazah sempat memperingatkan kami sepotong doa yg betul2 mresap ke dalam jiwa kami.

Allahumma arinal haqqan haqqan, warzuqnattiba'ah,
Wa arinal batilan batilan, warzuqnajtinabah..

"Ya Allah tunjukkanlah padaku yang kebenaran itu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah padaku yang kebatilan itu kebatilan dan kurniakanlah kepadaku untuk meninggalkannya."

Walaupn ramai yg melafazkan doa ini, tp x smuenye fham mkne yg tersurat n tersirat pd doa ini. Kenapa kita mntak pd Allah u2k melihat kebenaran itu n untuk kite mengikuti kebenaran itu, n knape pla kita mntak kepada Allah u2k tunjukkan kebatilan n mnjauhkan kepada kebatilan itu. Ramai yg x nampak kebenaran n ada yg nampak kebenaran tp hatiya x tergerak u2k mngikutinya. Begitu juga kebatilan, ramai yg xnmpak kebatilan n ada yg nmpak kebatilan tp hati masih mengikuti kebatilan itu. Sbb itu kita memohon kpd Allah tunjukkan kpd kita kbenaran itu kerana xsemestinya kita nmpak kebenaran itu, n kita memohon kepada Allah agar Allah menggerakkan hati kita cenderung kpd kebenaran.

Doakan kami berjaya dgn mumtaz dlm imtihan mnggu dpan…
syukran ats pngorbanan ustazah selama ini…

Wednesday, October 21, 2009

~jamuan~

salam sahabat sume...

sbnrnye sy nk tny tntg jamuan kls tuk thn ni???...kte x wt g kn pa pe jamuan thn ni???...sume nk wt kn???...maaflah klo rse sy asyik tnye s0lan yg sme je...huhuh...bkn pe, tuk kbhgiaan brsma...hmm...:
  • nk wt klainan ke atau nk wt cm thn lps???
  • nk wt aktvt x???
  • nk wt kt ne???
sila beri resp0n ye...sy hrp sgt...malu la nk brdri kt dpn tu lme2...tp klo x bncg bnde ni skg,tkt2 x jd pla...ni pla ad suggestion:
  • kte wt rehlah kt kwsn wterfall, srpnnye snwich je...(muslimat sdiakn)...tuk mkn tgh hari,juz msk nasi & sdiakn air...lauknye, kte wt barbeque...nk x???
  • ke kte g je rest0ran dkt2 cni...pastu mkn ar rmi...cm last year...
  • actvt tmbhn: kte wt tukar2 hdiah, tp hdiah tu mstla sbuah bku (klo leh rm15 keatas)...cdgn eeffah...
klo ade cdgn lain sila lah kemukan...& sila beri respon, sume kne beri resp0n tau...biar kte ikt maj0riti...nyatakn pndrian & kmhuan sbnr anda...

sekian terima kasih...
kerjasama sume amat diperlukan & dihargai...

assalamualaikum...

Allah itu maha besar...

peristiwa 11 september..

Kita mulai dari wang kertas 20 dolar :


Kemudian dilipat menjadi dua seperti dibawah ini.


Dilipat lagi...


Dan kemudian terlihat Pentagon yang terbakar mengeluarkan asap....


Untuk lebih jelasnya, lihatlah gambar berikut ini :


Sekarang hubungan antara 20 Dolar dengan WTC di New York :



Dan hasil lipatannya sekali lagi menunjukkan gambar serupa dengan menara kembar WTC yang mengeluarkan asap.


Sekali lagi, gambar dibawah ini menunjukkan lebih jelas...


wang 20 dolar. Apabila dilipat dengan cara seperti di bawah ini, maka muncul nama OSAMA.


Sekarang wang kertas 5 dolar. Dilipat seperti tadi, dan muncul gambar yang menunjukkan menara WTC sebelum dan sesudah dilanggar pesawat.


Lihat wang 100 dolar berikut ini :


50 dolar.....gambar yang menunjukkan saat bangunannya runtuh....




Saturday, October 17, 2009

Sudahkah anda tersenyum hari ini?








Ada Hadith Nabi saw yang berbunyi:”Senyummu terhadap saudaramu adalah sedekah.” Setelah dipelajari dan diamalkan ternyata khasiat senyum itu luar biasa manfaatnya, senyuman itu sedekah buat saudara kita, bermula dari senyuman berapa banyak yang tadinya kecewa menjadi bahagia, dari senyumanlah yang tadinya susah mendapatkan jodoh menjadi senang jodohnya, dari senyuman yang tadinya kecoh menjadi damai, tersenyumlah kerana dengan senyuman pertanda anda bahagia, kita sudah tentu ingin berjumpa dengan sahabat kita yang selalu tersenyum kalau bertemu kita, rasanya kalau melihat wajah sedemikian kita pasti semangat , kata orang, jika kita susah untuk tersenyum maka bertemanlah dengan orang yang tersenyum maka kita akan terbawa untuk turut tersenyum. Ada kisah di Zaman Nabi saw ketika pasukan perang hendak bertempur di medan perang maka setiap pasukan harus menggosok giginya dengan kayu siwak supaya giginya terlihat mengkilap, lalu semua pasukan disuruh tersenyum. Melihat pasukan perang tersenyum maka musuh lari kucar-kacir kerana merasa ketakutan melihat senyuman yang giginya kelihatan putih mengkilat, pihak musuh menganggap bahawa pasukan perang hebat benar mengunyah kayu siwak. ada juga cerita senyum di negara Jerman. Ada dua orang turun dari tangga, entah sengaja atau tidak orang itu tersenggol, yang menyenggol tidak tahu bahawa orang yang dia senggol tadi adalah seorang petinju, namun kerana orang yang menyenggol itu mempunyai peribadi yang selalu tersenyum ketika betemu sesiapa, maka ketika dia menyenggol si petinju tadi, petinju itu tidak sedikitpun merasa marah akan tindakan pemuda tadi. jadi, kesimpulannya, dengan memberikan senyuman kpd sesiapa sahaja akan membuatkan kita lebih disenangi..namun, kalau nk bagi senyuman pun kena hati2..faham kan?hehe.. terutama senyuman dari seorang perempuan kpd seorang lelaki dan sebaliknya..

Wednesday, October 14, 2009

~D0a R0bitah...~

Ya ALLAH...Menjelanglah kini malamMU, & beredarlah sudah siangMU, inilah rintihan suara yang memohon padaMU, maka ampunkanlah daku...

Ya ALLAH... Engkau mengetahui bahawa hati2 ini berkumpul kerana mengasihiMU, & bertemu di atas ketaatanMU, & bersatu memikul beban dakwahMU, & mengikat janji untuk mendaulatkan syariatMU, maka perkukuhkanlah ya ALLAH...ikatannya...& kekalkanlah kemesraannya dan tunjukkanlah hati2 ini jalan yang sebenar...& penuhkanlah hati ini dengan cahayaMU yang tidak pernah malap, & lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman kepadaMU dan keindahan bertawakal ke atasMU, hidupkanlah hati2 ini dengan pengetahuan sebenarMU dan matikanlah pemilik2 hati ini sebagai syuhada' pada jalanMU.

sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong. ya ALLAH...perkenankanlah permintaan ini. ya ALLAH...sejahterakanlah penghulu kami MUHAMMAD dan ke atas ahli keluarga serta para sahabat Baginda, dan sejahterakanlah dengan ke sejahteraan yang sebanyak-banyaknya...

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

~tahap mana CINTA mu???~

bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan ALLAH??? apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu s0lat?? jika ya, alhamdulillah...itu petanda cinta kita pada ALLAH. sekiranya stiap kali menjelang waktu s0lat kita telah siap sedia berwudhu, menunggu di saf hadapan dgn pakaian yg paling bersih, ditambah pla dgn haruman minyak wangi...alhamdulillah...

jika kesempatan 'dating' dgn kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka sharusnya lebih-lebih lagi dgn ALLAH yg kita cintai...jika s0lat lewat(apalagi klo x s0lat), dtg dgn muka masam, berat tulg dan serabut, itu petanda tidak cinta. tdk f0kus. smbil lewa pula. s0lat mahu selesai cpt. Apakah se0rg kekasih ingin segera berpisah dlm pertemuannya dgn kekasihnya??? adakah seorg kekasih smpai lewat utk janji temunya??? atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau pla ktika mnemui kekasihnya??? tidak mgkin. ttp jika itulah sikap kita, ertinya kita tdk spnuhnya cinta kepada kekasih itu...maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada ALLAH...perlu ada rindu, bukan jemu untuk bertemu...

s0al hati??? nilai lah setakat mana rsa cinta dan kehambaan kita pdNYA???sering kita lalai...sering kita lupa...itulah manusia...dberi sdikit kenikmatan dunia, trus lupa pada kehidupan di kampung akhirat...sama2 kita perbaiki diri...utk renungan bersama, sm0ga kita dberi kekuatan dlm mencri kebahagiaan dlm kehidupan yg berkekalan...amiin...

dipetik dri "TENTANG CINTA" by ustaz pahr0l m0hd ju0i


jom...jom..jom


jom kt sm2 pergi menonton filem ini
smg kt brsedia utk mnjdi murabbi
wallahua'lam
prbaiki diri dn serulah org lain..
jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjaga mu...

Tuesday, October 13, 2009

pengumuman....!!!

assalamualaikum sahabat2 sekalian,
sekadar pengumuman..
pada hari khamis ni, persatuan khat akan diadakan seperti biasa..
saya dah bagitau kat abg aizat (guru khat kita) bahawa khamis ni persatuan akan dijalankan seperti biasa..lagipun kita dh lama xbuat khat..(kalau ada pun cuma beberapa orang je yang hadir)..
tentang kehadiran, saya malas nak cakap apa2 sebab saya yakin bahawa masing2 dah baligh, berakal, mumayyiz..so, faham2 sendiri lah..nak hadir ke tak..
kalau memang ada urusan yang lebih penting, xpa..
saya juga berharap bagi sesiapa yang belum siapkan assingment arab (yang bakal dihantar jumaat ni), jangan jadikan sebagai alasan untuk tidak hadir persatuan sebab nak siapkan assingment..
kalau kita pandai bahagikan masa, saya yakin ianya tidak menjadi masalah untuk hadir persatuan..
sekadar makluman dan diharap semua sahabat ambil perhatian k..
sekian..WALLAHUA'LAM..

- pengerusi persatuan khat#

Wednesday, October 7, 2009

firmanNYA

ciptaan : Ustaz Mohammad Isa bin Ramlan
dari : IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor


Firman-NYA

FirmanNYA.....

dan sekiranya engkau melihat orang berdosa
menundukkan kepalanya sambil meratap
kini ku lihat
kini ku dengar
kini yakin kembalikan aku semula ke dunia
benarlah firman al-quran di dalam surah as-sajadah ayat yang kedua belas


kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU...

tak guna
biarpun air mata darah dan nanah kau curahkan
semua tak guna
sengsara
pedihnya azab yang diterima lantaran tingkah kita
yang lagho
benarlah firmanNYA , benarlah firmanNYA

jangan asyik terleka dengan tipu daya dek mainan dunia
jangan lupa arah kiblat luangkan masa berzikir kepadaNYA
hubungan sesama manusia dijalin kerana keredhaanNYA
jadilah insan yang suka memberikan sesama insan

membuang
duri di jalanan
tampak mudah
namun sukar dilakukan
mengajak
beramal kebaikan
memerlukan kekuatan iman

bukan mudah untuk masuk ke syurga
bukan pentingkan diri sendiri sahaja
jiran tetangga perlu diingatkan sama
agar dia tidak mendakwa disana

jangan kecewa jangan berputus asa
perlu bersabar walaupun sering dicerca
dia tak faham kita cuba fahamkan
dengan penuh kasih sayangkan umat
Nabi tunjukkan

hei manusia usahlah terleka
dunia cuma mainan saja
bagai bayang yang pasti menghilang
lenyap

sesungguhnya yang benar
beriman pada KAMI
jika diingatkan
segera bersujud bertasbih puji ALLAH nan Esa

kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU

Ya ALLAH
ampunilah segala dosaku bak buih yang terapung dilautan
sengsara
pedih azab ku terima lantaran dosa yang tidak ENGKAU maafkan

andainya boleh ku pulang ke dunia
ingin ku ucapkan sepatah subhanallah
tapi tak mungkin kini ku di alam lain
lautan air mata darah tak berguna

ALLAHHU Rabbi
pandanglah amalku
walau sekadar duri yang ku alihkan
itu yang mampu terlaksana olehku
dengan tahap iman serendah itu
ampuni aku..
ampuni aku...
ampuni aku....
ampuni aku.....
.......SEKIAN TERIMA KASIH.......
~SELAMAT MENGHAYATI~

Sunday, October 4, 2009

Khas buat Bakal PENDIDIK generasi akan datang


Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat.


Ia merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat.

Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal.

Dalam Islam, dilihat dari segi sejarah dan ajarannya, ada beberapa istilah yang digunakan mengenai guru. Antaranya ialah mu'allim, murabbi, mu'addib dan mudarris,mursyid


Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim).


Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud: Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah.

Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat.


Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia.

Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant.


Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.


Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Pengasuh.

Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid.

Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya.


Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka.

Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.

Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul.

Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam.

Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.

Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah.

Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.

Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya.


Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.


Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama).


Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang


Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai.

Mursyid adalah guru yang membimbing kepada murid untuk berjalan menuju Allah

WALLAHUA’LAM

Saturday, October 3, 2009

Wahai permata hati...bangunlah sayang...bangunlah dari lena dan kelalaian dan menangislah mata hati.....bangunlah dan berdoalah pd Allah...

"DEngan Nma Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Ya Allah Tuhan sekalian alam,hamba dtg sujud padamu dgn dosa2 yg hamba telah lakukan...Ya Allah...mengapa Ya Allah...kau beri aku cukup segalanya Ya Allah,namun aku tak pernah mensyukurinya....Ya rahman,sesungguhnya aku tidak pernah merasa puas dgn nikmat yg kau berikan..jangan kau jadikan aku bakhil utk memanjatkan kesyukuran setelah kau berikan segalanya pd aku hari ini...Ya Allah..andai kau ingin mengambil nyawaku,ambillah setelah aku benar2 lyk utk masuk syurgamu...Ya Allah...andai kau matikan aku dlm keadaanku yg zalim...na'uzubillah...kasihkan diriku Ya Allah..kasihkan Aku...aku tak sanggup hadapi saat kau cabut nyawaku dgn kekerasan..aku tak sanggup nak menghadapi seksaan2 kubur,aku tak sanggup utk menghitung hari2ku dgn seksaan menuju ke mahsyar...aku tak sanggup dilemparkan buku catatanku dari tgn kiri....aku tak sanggup kau hisab aku saat diriku penuh dgn maksiat...aku tak sanggup utk melintasi titian sirat dan jatuh ke jurang neraka jahannam...Ya Allah...adakah aku tergolong dlm kalangan seperti itu...Ya Allah...aku kesal dgn perbuatan maksiat yg ku lakukan...aku insafi kejahilanku dan kau sempurnakanlah imanku....

Begitu juga dgn keluargaku Ya Allah...di dunia ini..mereka beri aku kasih syg dan cinta yg tulus suci...saat pengorbanan yg terlalu besar mereka lakukan utkku..x terhitung...baik ibu mahupon ayah...namun selagi aku masih hidup di dunia..andai kau izinkan segala amalanku menampung mereka ke syurga Ya Allah...alangkah terbalas segala penderitaan mereka membesarkanku, Ya allah..mereka x ingin lihat aku sengsara,,jadi jgn kau biarkan ibu bapaku sengsara di sana,aku pohon dgn sepenuh kasih syg.Ya Allah...dan jgn pula dosa yg telah aku lakukan di dunia menyebabkan ibu bapaku tanggung d akhirat..Ya Allah,aku kasihkan ibu bapaku,jadi jgn kau biarkan ianya terjadi...

Ya Muhaimin...sahabt2 penyeri hidupku...aku kasih akan mereka...jgn kau lalaikan mereka dgn hasutan duniawi...Ya Allah..andai kau beri aku peluang utkku meminta,aku meminta lg agar sahabt2ku jua mendapat tempat di hatimu...Jgn kau tutup pintu hati mereka...

Amin..

Bertaubatlah sebelum terlambat mata hati.......Allah sentiasa menerima kita...ibadah itu adalah berasal dari perkataan 'abd' yg bermaksud hamba...yg mempunyai sifat hina dan fakir...berdoalah dan menangsilah dgn dosa2 yg dilakukan..anda akan merasa keseronokan dalam beribadah..

Wallahualam....