Thursday, December 31, 2009

..:SeDiKiT mAkLuMaT:..

*maaf mbar tak jelas*

.....AsSaLaMuAlAiKuM.....
Semua penuntut yang tamat kursus PPISMP disini dimaklumkan bahawa
PENDAFTARAN TAHUN PERTAMA PROGRAM IJAZAH MUDA PERGURUAN BAGI PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010
akan diadakan pada 3 Januari 2010
antara jam 2.30 - 5 petang
bertempat di Asrama Siti Khatijah Blok C .

Sila muat turun (download) surat panggilan di
Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
http://www.ipislam.edu.my/
lpas tu jangan lupa print surat panggilan tu ea

pasal bayaran pulak

tentang bayaran time pendaftaran pula
bayaran yang pasti dikenakan RM32 untuk insurans

tambahan bayaran
mungkin untuk kad keselamatan dan kad matrik
iaitu RM20
sumber dari jabatan HEP

~~~~~~Selamat Kembali Ke IPGM KPI~~~~~~

p/s: syukran kepada sahabat2 kerena menyebarkan maklumat tentang ini

Wednesday, December 30, 2009

..:DeMi MaTaHaRi:..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Maha Penyayang
1. demi matahari dan sinarnya pada siang hari

2. demi bulan apabila ia mengiringi

3. demi siang hari apabila menampakkan dirinya

4. demi malam apabila ia menutupi (gelap gelita)
5. demi langit serta seluruh binaannya
6. demi bumi serta yang ada dihamparannya

7. demi jiwa serta seluruh penyempurnaannya

8. maka ALLAH mengilhamkan jalan kejahatan dan ketaqwaan

9. sungguh beruntung orang yang mensucikannya (hati)

10. dan rugi bagi yang mengotorinya

Tuesday, December 29, 2009

mulakan dengan diri sendiri


Setiap orang berhak menyampaikan kebaikan. Malah, kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau muslimah sememangnya memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai pembawa kebaikan. Menyeru orang kearah kebaikan bukan hanya terhad kepada sesetengah golongan yang dikatakan layak untuk menyeru. Tetapi telah tergalas di bahu masing-masing sejak dilahirkan lagi bersama tauliah khas yang telah dianugerahkan oleh Allah pada setiap diri seorang muslim.

Orang yang memahami akan tanggungjawab ini akan sedaya upaya mencari jalan yang terbaik yang boleh menyampaikan suara seruannya. Tidak kira medium sama ada melibatkan diri dalam mana-mana badan organisasi atau bergerak secara sendiri dan berhijrah mencari peluang mengislah diri kearah yang lebih harmoni. Mereka yang memahami tuntutan seruan ini merasakan seandainya diri tidak bergerak untuk bekerja menyampaikan seruan ke arah kebaikan, adalah suatu kerugian yang besar. Oleh sebab itulah, orang yang bersedia bekerja bersama demi tuntutan agama ini, bukan sahaja melapangkan diri untuk menerima tanggungjawab, malah bersedia ‘mendarahdagingkan’ diri kepada sesuatu yang bernama pengorbanan. Kerana memamg lumrah orang yang menyeru, pasti dirintangi dengan perbagai dugaan dan cabaran. Dan pengorbananlah yang menjadi pertaruhan.

10 muwasoffat tarbiyah yang telah di gariskan oleh Imam Hasan al-Banna, sebagai rujukan seseorang untuk mengislah diri kearah kebaikan. Inilah tangga pertama yang perlu dinaikki oleh seorang muslim untuk membentuk diri sebagai muslim yang sejati. Hal ini adalah permulaan pertama yang perlu dilalui. Kerana orang yang menyeru perlu memastikan apa yang akan diseru telah atau sedang dilaksanakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Menyeru ibarat merawat penyakit dan sasaran pesakit adalah masyarakat sekarang yang sedang sakit dan tenat dek kuman-kuman jahiliyyah yang semakin merebak. Kitalah Tabibnya. Mana mungkin seorang yang sakit ingin mengubati orang lain yang juga sakit sepertinya, melainkan diri sendiri dahulu berusaha menyembuhkan penyakit yang ada pada diri sendiri.

Atau dengan ungkapan mudahnya, sekiranya kita menyeru kearah akhlak yang baik, pandanglah dahulu akhlak yang ada pada diri sendiri. Sekiranya kita memperkatakan soal kesempurnaan ibadah, maka seiringlah usaha untuk memperelokkan ibadah kita seharian, dan sekiranya kita berbicara soal hati, maka selidiklah hati sendiri dahulu sebelum merawat hati yang lain.

Oleh itu….
Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu…

Sebagai orang yang menyeru ke arah kebaikan, contoh teladan harus dimulai dengan diri sendiri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w adalah qudwah pertama bagi dai’e dalam memperjuangkan agama Islam, sahabiah dan ummahatul mukminin adalah qudwah kedua kita. Oleh itu persediaan ilmu dan amal mestilah seiringan.

Saya memetik Hadist Rasulullah saw:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya : Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya, kemudian ia berpusing-pusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian itu lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya dan berkata kepadanya : “hai fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran?” lalu dia menjawab: “ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”.
Wallahu’alam

Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara’. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih sebagai ‘penyeru’ ke arah kebaikan. Genggamlah ungkapan ini “ Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung”. Jangan lah kita lupa, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

Sesungguhnya kebahagiaan kita dalam menyeru akan terasa indah apabila apa yang disampaikan menjadi penguat semangat yang berterusan kepada diri. Benar, mudah memperkatakan, tetapi sulit mempraktikkan lantas melahirkan sifat dan akhlak terpuji sebagai tauladan.

Teringat saya akan firman Allah:

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya membuat kebaikan, sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, maka tidakkah kamu berfikir? “~ al-Baqarah;44

Gementar rasanya hati, apabila saya sebagai orang yang bekata menyampaikan peringatan ini. Pastinya semua ini untuk diri sendiri. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk lebih bersemangat dan sentiasa mengislah diri serta menyeru hati-hati ke arah mencapai keredhaan Allah.

entri ni di'copy paste' dari blog http://ainatulsholehah.blogspot.com/
semoga kita semua dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran darinya.
insyaALLAH

Friday, December 25, 2009

ulangtahun adik bongsu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kami halaqah raudhatul ibtisam mngucapkan salam ulangtahun yang ke-19 buat kk yang berkaliber..heheh.. selamat hari lahir yusof, mge koho tinggi ea.. smoge pnjang umo n muroh rezeki sokmo!!!

Friday, December 18, 2009

malu

malu kpd Allah
malu yang sebenar;
malu kepada manusia
malu yang sia-sia.

mengapa??

malu kpd Allah
malu meninggalkan qiam;
malu kpd Allah
malu jika bangkit lewat utk subuh.


malu kpd Allah
malu dgn timbunan dosa;
malu dgn dosa tangan,kaki,dan mata
malu membuatkan kita mahu bertaubat sentiasa.


malu kpd Allah
malu akan rendahnya ilmu kita;
malu dgn susahnya menghafal formula
malu mendorong kita berdoa kpdNyA.


malu kpd Allah
malu utk kasar dlm berkata2;
malu utk mencarut dan mengata
malu utk perkataan yang sia2 dgn manusia.


malu kpd Allah
malu utk melupakan Al-Quran
malu jika terlupa apa yg dihafal
malu utk tidak istiqamah dgn Al-quran.


malu kpd Allah
malu utk solat bersendirian
malu utk meninggalkan pahala 27ganda
malu utk berlaku bodoh sedangkan diri tahu ttgNya


malu kpd Allah
malu utk berkata tnpa amal
malu utk amal tanpa mngajak org lain ke arahnya
malu mendorong kita berkata ("jom kita solat di masjid")


________________________________________________________



malu kpd manusia
malu utk seketika
perginya manusia
perginya malu kita.

malu kpd manusia
malu utk bertazkirah di khalayak
malu utk menyampaikan yg hak
malu utk berkata benar "saya kurang faham,boleh nak tanya?"

malu kpd manusia
malu utk belajar
malu utk beribadah
malu menjadi pemuda masjid
malu utk kebaikan
malu utk syurga

--->nak syurga,tapi malu. NAK BUAT CARA NAK!

kesimpulan: niat malu perlu dihubungkan kpd Allah. Malu dHADAPAN manusia tidak sia2 selagi Allah sandaran kita,bukan malu KEPADA manusia semata.

Tuesday, December 15, 2009

~iStiQaMaH VS kaRaMah

Seorg ulama tlh mngajar di sebuah madrasah selama 40thn dgn tkun. dia x prnh "p0nteng" wlupn skli mlainkn uzur syrie. namun, ketekunan ulama tua 2 x dhargai olh sbhagian bsr ank muda yg mnuntut dgnnya.

"sepanjang kita bljr dgnnya, sdkit pn x trserlah keluarbiasaannya," kata salah seorg muridnya.

"brbnding dgn guru2 len d tmpt kita, guru kita ini x punya apa2 keistimewaan. semua yg ada pdnya besa2 ja," tmbh yg len.

" btul3. ana dgr guru d kmpg sblh prnh mgeluarkan cahaya dri celah2 jarinya. malang betul nsib kita..."

akhirnya, sungutan2 tu kdengaran jua ke telinga ulama tua. lalu beliau brtekad utk mberi pengajaran yg brguna kpd ank2 muridnya. ketika mgajar pd suatu ari, beliau dgn sengaja tlh mlpskn kapur ktika sdg mnulis d ats papan hitam. namun, anehnya kapur tu tdk trjtuh...sbliknya trus brgrk & mnulis prkataan yg hndk dtulis olh ulama itu.

mlihat kejadian aneh itu sume ank muridnya brdiri & melopong kekaguman. tdk sangka bhwa guru yg mereka anggap lekeh slma ini rupanya turut memiliki karamah. melihat kekaguman ank2 muridnya, guru tua itu mnepuk papan hitam dgn kuat lantas berkata...

"ana hairan dgn sikap antum sume. melihat kapur ini menulis hanya bbrapa ktika tlh mbuat antum kagum. bagaimana dgn ana yg tlh mnulis slma 40thn ini???"

pengajaran
:
Istiqamah
tu lbh hebat drpd karamah...ALLAH sgt cintakan amalan istiqamah skilpun sdikt...org yg istiqamah lbh trjamin imannya drpd org yg mperoleh karamah...sejarah mncatatkn betapa ramai org yg prnh diberikan karamah trsesat kerana iman yg x istiqamah...

dc0py dr:solusi isu no.14

Sunday, December 13, 2009

Buat saya..awak..dia..dan semua..

Aku Ori Bukan Fotokopi

Rambutmu tajam seperti duri

Cicak jatuh mesti mati

Konon punya gaya sendiri

Siapa tegur pun kau tak peduli.


Kau memang suka bersubang

Di bibir, di pusat, di dahi, di hidung

Buang masa merewang-rewang

Naik berang disuruh bertudung.


Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Suruh solat pun tak reti.


Black metal, punk sampah

Budaya Barat bersepah-sepah

Kadang-kadang rasa menyampah

Ditegur dilarang buat tak endah.


Maksiat mungkar merata-rata

Buang anak tak rasa berdosa

Bukan niat nak kutuk mengata

Kalau tak tegur bala menimpa.


Konon ori bukan fotokopi

Konon ori bukan fotokopi

Buat dosa tak sedar diri

Cuba dikau sedarkan diri

Jadilah ori bukan fotokopi

Kembalilah segera kepada Ilahi

Bimbang tak sempat bertaubat nanti.


Engkau aset agama dan negara

Masa remaja hanya seketika

Jangan habiskan bersuka sahaja

Kelak menyesal tak terkira.


Jadilah ori bukan fotokopi

Jagalah maruah dan nilai diri

Jadilah manusia yang dihormati.


Kita punya Al-Quran yang indah

Tambah teguh dengan As-Sunnah

Ikutlah ahli sunnah wal jamaah

Jauhi ahli punnah wal ranah.


Jadilah remaja soleh wa musleh

Tak perlu tiru budaya Barat

Buat baik tak toleh-toleh

Nak jadi mulia ujiannya berat.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Kukasihkan Allah, kukasihkan Nabi.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Al-Quran kujunjung tinggi-tinggi.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Demi Islam yang dicintai.


Aku ori bukan fotokopi

Aku ori bukan fotokopi

Akidahku jelas, tak perlu diragui.


Wahai remaja yang dikasihi

Jadilah ori bukan fotokopi

Miliki jati diri Islami

Impikan syurga setelah mati.


Pesan akhir buat remaja

Jangan disia usia muda

Ikutlah yang baik-baik sahaja

Kelak Allah ganjarkan syurga.


~Roha Hassan~

Monday, December 7, 2009

..:pAntuN:..

assalamualaikum wbt

skrang ni musim cuti sekolah
(lama dah mula cuti cik AisYah)
bila sek cuti dah tentu maktab2 pon cuti
bila time cuti semua nak 'bercuti'
dan bL0g ni nak bercuti sama
boleh???

apa2 pon
tadi g 'jalan-jalan'
sekali terjumpa pantun yang agak best
tujuan post kali ni nak kongsi pantun yang
ana jumpa tgah 'jalan- jalan tadi



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Friday, December 4, 2009

..:kHusUs iLa AnFaL:..

sAlAm
AnfAl, selAmAt hAri lAhir
yAng ke-19 tAhun
" Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan anfal amir...
Allah selamatkan kamu..."
"Happy birhday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Anfal...
Happy birhday to you..."
((sApe2 yAng rAjin+ tAhu,
tl0ng tAmbAh plAk lAgu birthdAy dlm bhAsA ArAb))
tAnggAl 4 disember genAplAh AnfAl hidup selAmA 19 tAhun
semogA dengAn bertAmbAhnyA umur ni,
meningkAt jugAklAh segAlA AmAlAn bAik
dAn
berkurAng lA segAlA AmAlAn buruk
"umAt islAm hArus cemerlAng, hAri ini lebih bAik dr semAlAm"
((AnfAl AdA nyAnyi lAgu ni pAdA sAyA dulu))
ApA2 pon
kAmi doakAn
kebAhAgiAn AnfAl diduniA
dAn kesejAhterAAn di AkhirAt kelAk
...Ameen...

selamat hari lahir..anfal!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat hari lahir asiah a.k.a ANFAL
smoge trus thabat dalam bermujahadah di jalanNya
truskan smangt u2k berdakwah ea
moge lbh ANFAL lebih gempak....heheh

Wednesday, December 2, 2009

..: Si kEciK :..

salam
saje nak citer
sebelom ni just kongsi ngan anfal je
hr ni nak kongsi ngan semua
baru2 ni ana dapat sepupu
jantina : perempuan
comel kan budaknya
(name pon baby)
namanya s0lehAh
masuk yang ni ana ada
11 orang sepupu
(belah mak)
atuk ngan wan belah mak
ada 16 orang cucu
cicit tak de lagi
semua still study
akan datang insyaALLAH
doakan keselamatan n kesihatan si kecik ni ea
wassalam