Hari Sabtu hari tu, kuar jap jalan-jalan ngan akak senior g makan-makan, kuar ke warta....pastu duk skejap kat depan kedai buku..dalam hati dah terfikir, dah lame tak beli buku baru(walaupun masih banyak buku kt bilik yg tak sempat dibaca...heheheh). Ditakdirkan oleh Allah tetiba tangan nie terpegang satu buku.. karangan SYED ALWI ALATAS yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA". Tajuk nie bila difikir-fikir balik mmg mcm terkena tepat kat btg hidung nie.. bak kte azri "troooosss"...maka, tanpa berfikir panjang duit dihulur, akad disebut sebagai tanda jual beli disambut..
Hsil pembacaan buku ni...cikah tertarik pada satu cerita yang Syed Alwi kaitkan dengan dugaan dan cara penerimaan makhluk tuhan paling bijak bestari nie, manusia la kn??...ceritenyer berbunyi begini...(kompang takda la..bace je)
Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya dibahagian bawah bangunan , sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya. Kemudian pekerja yang diatas ingin meminta sesuatu daripada pekerja yang berada di bawah. Dia memanggil, namun tidak didengari walau sikit kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka, timbul idea dalam fikiran si pekrja diatas untuk melemparkan sekeping duit syiling kebawah. Pekerja yang dibawah tidak mendongak ke atas. Ketika dia melihat ada syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkannya ke dalam poketnya. Pekerja yang diatas berasa kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan kepingan syiling yang lebih besar dan melamparkannya ke bawah. Pekerja dibawah sekali lagi tanpa mendongak ke atas terus mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan kedalam poketnya sama seperti kejadian yang petama tadi. Kemudian, pekerja diatas terus mengambil seketul batu lalu dilemparkannya kebawah. Lontarannya tepat mengenai topi keselamatan si pekerja dibawah. Setelah kejadian itu, barulah pekerja dibawah mendongakkan kepalanya ke atas.
Analoginya,
-pekerja dibawah ibarat manusia
-syiling ibarat nikmat kepada manusia
-batu pula ibarat dugaan atau musibah yang sangat digeruni oleh manusia
Sekarang ni...cikah dah nmpak cm2 benda yang korang fikir kn???? Pe yang korang fikir tu sume btol blaka...heehehehe
Manusia akan semakin hilang pertimbangan apabila semakin banyak nikmat yang diterima. Sampaikan ada diantara mereka beranggapan setiap kejayaan yang dimiliki oleh mereka adalah disebabkan oleh usaha atau kebijaksanaan yang mereka miliki. Contoh yang paling jelas kepada kiter adalah firaun..kegemilangan, kebijaksanaan dan kegagahan yang dimiliki menjadikan die seorang yang "over" sempat lagi mengaku tuhan plak tu...apekeheinye yeop???
So, kesimpulannya kan..Syed Alwi ni nk kabo betape kome termasuk la dgn teman sekali sering lupa dan alpa. Tidak pernah mengambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan, tapi baru tersedor macam kena bom bila mana musibah tu datang menyapa...hehehehe... Maka betullah firman Allah S.W.T dalam surah AZ-ZUMAR ayat 49 yang mengatakan:
" Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, " Sesunguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."
WALLAHU'ALAM
****Lepas baca buku nie, trus demam..hehehehe, dugaan yang menyapa tanpa diduga waktu, masa dan ketika..
WALLAHU'ALAM
Ini sahaja pengisian yang mampu untuk dikongsi bersama...insyaAllah, kalau dah habes buku ni dibaca, cikah akan cube ceritakan pulak ape bezanya usaha dan takdir...adakah dua2 elemen ni berada dalam ruang lingkup yang sama atau berbeza...(skdr yang cikah tahu je)..kalau da sbrag prtmbhan atau penolakan...jom kiter bersama2 kongsi idea..
****Lepas baca buku nie, trus demam..hehehehe, dugaan yang menyapa tanpa diduga waktu, masa dan ketika..
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteInfo buku terbaru Syed Alwi:
Tajuk: Senyumlah, Apa pun masalahmu Ia pasti akan berlalu
Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu (Malaysia)
Harga: RM 21.00 (Semenanjung Malaysia), RM 23.00 (Sabah/ Sarawak)
Terbit: May 2011
Insya Allah pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan sudah boleh didapat di kedai-kedai buku di Malaysia.
Tengok juga Page-nya di Facebook: http://www.facebook.com/pages/Senyumlah-Apa-pun-masalahmu-Ia-pasti-akan-berlalu/116783405069645