Assalammualaikum kepada semua yang melawat blog ini...
kisah ini mengenai seorang hamba Allah yang hina dan kurang ilmu agama di dalam kehidupannya. tiada cara yang lain ingin menebus kesalahan diri hamaba Allah ini daripada terus melakukan kesalahan kepada semua rakan dan taulan yang pernah mendengar sejarah hidup hamba Allah ini. kadang kala perkara peribadi terpaksa diceritakan kepada yang lain untuk mengelakkan tanggapan yang tidak benar dan buruk ke atas diri hamba yang lemah ini.
cerita ini mengenai seorang lelaki yang menuntut di institut pengajian tinggi perguruan di selangor. dia sering berfikir mengenai perkara yang telah dia ceritakan kepada sahabatnya mengenai latar belakang hidupnya. sebenarnya semua yang diceritakan selama ini adalah penipuan dan tidak benar sama sekali. setiap hari dia memohon kepada Allah supaya dosa yang telah dia lakukan dengan menipu itu diampunkan oleh-Nya. lelaki ini berharap dengan luahan di blog ini dapat menebus kesilapan yang telah hamba Allah yang hina ini telah lakukan.
20 tahun yang lalu, 19 mei 1990, seorang hamba Allah telah dilahirkan dengan keadaan tubuh badan yang sihat dan sempurna nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. setelah berusia dua hari, dia diberikan oleh ibu bapanya kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata dan dijadikan anak angkat. selepas daripada detik itu, dia tidak pernah melihat wajah ibu bapa kandungnya lagi sehingga umurnya mencecah 11 tahun. 3 oktober 2001 ibu angkatnya yang dia fikirkan ibu kandungnya itu telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit diabetis dan paru-paru berair. dia menangis setiap hari keran rindukan ibunya itu.pada ketika itu, segala rahsia yang disimpan mengenai ibu bapa kandungnya telah diceritakan oleh bapa angkatnya yang disangka bapa kandungnya. dia hanya berdiamkan diri dan tidak bertanya sebarang sebarang soalan kepada bapanya itu.
setahun kemudian, 4 disember 2002 hidupnya semakin sepi apabila bapa angkatnya pula meninggal dunia kerana sakit jantung. dia menangis berhari-hari kerana tiada siapa yang akan menjaganya selepas daripada hari itu. Allah mengetahui kesusahan yang dihadapi oleh hambanya. Allah memberinya pertolongan dengan menghantar sepasang suami isteri iaitu adik kepada ibu bapa angkatnya yang meninggal untuk menjaganya. sejak daripada hari itu, dia menyimpan satu perasaan marah yang tidak boleh dibayangkan kepada ibu bapa kandungnya. di dalam hati dia sering bertanya kenapa dirinya diberikan kepada orang lain untuk dijaga. mungkinkah dirinya membawa beban kepada ibu bapa kandungnya sehingga diberikan kepada orang lain.
suatu hari suami isteri yang menjaganya menceritakan bagaimana dia telah diberikan kepada ibu bapa angkatnya ketika usianya 2 hari. mereka mengatakan yang keluarga hamba Allah ini sangat susah dan tidak mampu memelihara 8 orang anak yang ada. sebab itu dirinya diberikan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat. alasan itu tidak dapat memuaskan hatinya yang begitu marah. kenapa hanya dia yang diberikan kepada orang lain? kenapa bukan adik dan abangnya yang lain? seperti dirinya tidak disayangi oleh ibu bapa kandungnya. mulai saat itu, dia hanya memberitahu orang lain yang namanya KAMAL BIN OTHMAN dan dia anak yatim piatu.
walaupun di dalam surat beranak namanya KAMAL BIN JAAPAR. sehingga di sekolah menengah dia masih mengatakan yang dirinya yatim piatu. bile belajar mengenai haram dinasabkan dengan nama orang lain baru dia menggunakan KAMAL JAAPAR. tapi bukan kerelaan hatinya. hanya kerana terpaksa menggunakan nama itu. sehingga dia masuk ke institut perguruan baru dia mengerti erti kehidupan yang sebenar. mungkin ada hikmah dia diberikan kepada orang lain. tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan perkara yang sebenar. yang diceritakan kepada orang lain ialah dirinya ialah seorang anak yatim walau pun pada hakikatnya dia masih mempunyai ibu bapa.
dia berasa sangat kejam akan tindakan yang dia lakukan, seperti mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kenapa dirinya diberikan kepada orang lain. mungkin orang akan mengatakan yang dia seorang yang zalim, tetapi hakikatnya penderitaan menjadi anak angkat hanya dia sendiri yang mengetahuinya. dia cuba menerima keluarganya yang sebenar dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, dia dapat hidup dengan tenang walaupun kadang-kadang berasa sedih dan hiba mengenang kembali kejahilan hidupnya dahulu.
kepada Sahabat saya sekalian...saya KAMAL BIN JAAPAR telah menipu kamu semua dengan cerita yang jauh dari hakikatnya. hari ini saya luahkan semuanya untuk pengetahuan rakan-rakan agar saya diterima sama ada sebagai rakan yang baik atau pun buruk. saya redha dengan semua tanggapan sahabat semua. ini salah satu dugaan untuk diri saya dan saya meminta maaf dari sahabat sekalian.
terima kasih kerana sudi membaca kisah saya ini.
sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment