Wednesday, October 7, 2009

firmanNYA

ciptaan : Ustaz Mohammad Isa bin Ramlan
dari : IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor


Firman-NYA

FirmanNYA.....

dan sekiranya engkau melihat orang berdosa
menundukkan kepalanya sambil meratap
kini ku lihat
kini ku dengar
kini yakin kembalikan aku semula ke dunia
benarlah firman al-quran di dalam surah as-sajadah ayat yang kedua belas


kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU...

tak guna
biarpun air mata darah dan nanah kau curahkan
semua tak guna
sengsara
pedihnya azab yang diterima lantaran tingkah kita
yang lagho
benarlah firmanNYA , benarlah firmanNYA

jangan asyik terleka dengan tipu daya dek mainan dunia
jangan lupa arah kiblat luangkan masa berzikir kepadaNYA
hubungan sesama manusia dijalin kerana keredhaanNYA
jadilah insan yang suka memberikan sesama insan

membuang
duri di jalanan
tampak mudah
namun sukar dilakukan
mengajak
beramal kebaikan
memerlukan kekuatan iman

bukan mudah untuk masuk ke syurga
bukan pentingkan diri sendiri sahaja
jiran tetangga perlu diingatkan sama
agar dia tidak mendakwa disana

jangan kecewa jangan berputus asa
perlu bersabar walaupun sering dicerca
dia tak faham kita cuba fahamkan
dengan penuh kasih sayangkan umat
Nabi tunjukkan

hei manusia usahlah terleka
dunia cuma mainan saja
bagai bayang yang pasti menghilang
lenyap

sesungguhnya yang benar
beriman pada KAMI
jika diingatkan
segera bersujud bertasbih puji ALLAH nan Esa

kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU

Ya ALLAH
ampunilah segala dosaku bak buih yang terapung dilautan
sengsara
pedih azab ku terima lantaran dosa yang tidak ENGKAU maafkan

andainya boleh ku pulang ke dunia
ingin ku ucapkan sepatah subhanallah
tapi tak mungkin kini ku di alam lain
lautan air mata darah tak berguna

ALLAHHU Rabbi
pandanglah amalku
walau sekadar duri yang ku alihkan
itu yang mampu terlaksana olehku
dengan tahap iman serendah itu
ampuni aku..
ampuni aku...
ampuni aku....
ampuni aku.....
.......SEKIAN TERIMA KASIH.......
~SELAMAT MENGHAYATI~

1 comment:

  1. subhanallah..hebat ilham yg Allah kurniakn kpd cikgu isa...lirik ini btol2 mnyentuh jiwa... upload laa video nasyd plak ea...

    ReplyDelete