Saturday, October 17, 2009

Sudahkah anda tersenyum hari ini?








Ada Hadith Nabi saw yang berbunyi:”Senyummu terhadap saudaramu adalah sedekah.” Setelah dipelajari dan diamalkan ternyata khasiat senyum itu luar biasa manfaatnya, senyuman itu sedekah buat saudara kita, bermula dari senyuman berapa banyak yang tadinya kecewa menjadi bahagia, dari senyumanlah yang tadinya susah mendapatkan jodoh menjadi senang jodohnya, dari senyuman yang tadinya kecoh menjadi damai, tersenyumlah kerana dengan senyuman pertanda anda bahagia, kita sudah tentu ingin berjumpa dengan sahabat kita yang selalu tersenyum kalau bertemu kita, rasanya kalau melihat wajah sedemikian kita pasti semangat , kata orang, jika kita susah untuk tersenyum maka bertemanlah dengan orang yang tersenyum maka kita akan terbawa untuk turut tersenyum. Ada kisah di Zaman Nabi saw ketika pasukan perang hendak bertempur di medan perang maka setiap pasukan harus menggosok giginya dengan kayu siwak supaya giginya terlihat mengkilap, lalu semua pasukan disuruh tersenyum. Melihat pasukan perang tersenyum maka musuh lari kucar-kacir kerana merasa ketakutan melihat senyuman yang giginya kelihatan putih mengkilat, pihak musuh menganggap bahawa pasukan perang hebat benar mengunyah kayu siwak. ada juga cerita senyum di negara Jerman. Ada dua orang turun dari tangga, entah sengaja atau tidak orang itu tersenggol, yang menyenggol tidak tahu bahawa orang yang dia senggol tadi adalah seorang petinju, namun kerana orang yang menyenggol itu mempunyai peribadi yang selalu tersenyum ketika betemu sesiapa, maka ketika dia menyenggol si petinju tadi, petinju itu tidak sedikitpun merasa marah akan tindakan pemuda tadi. jadi, kesimpulannya, dengan memberikan senyuman kpd sesiapa sahaja akan membuatkan kita lebih disenangi..namun, kalau nk bagi senyuman pun kena hati2..faham kan?hehe.. terutama senyuman dari seorang perempuan kpd seorang lelaki dan sebaliknya..

No comments:

Post a Comment